Saturday, 30 June 2012

Insan Mulia



Insan Mulia adalah makhluk yang mempunyai akal budi yang menzahirkan tentang akhlak mulia, sempurna lahir dan batin, bersifat kemanusiaan, tinggi sifat prihatinnya kepada kemanusiaan.

Ada pun jenis yang tinggi sekali budi pekertinya antara segala haiwan ialah manusia; manusia utama adalah manusia yang terbaik yang menjadikan dirinya mem­punyai sifat-sifat manusia yang mulia, yang zahirnya  menimbulkan keindahan dalam jiwa; sifat-sifat manusia: merasai kegembiraan dan kedukaan insan lain dan berinteraksi tanpa ada batas darjat kerana ia seorang insan yang mulia.

Ia memahami tentang manusia, tentang dunia dan keduniaan.

Semoga kita menjadi salah seorang insan mulia yang berakhlak mulia.


No comments:

Post a Comment