Thursday, 13 September 2012

Pra-Perasmian Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur



Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur yang terletak di Pudu Sentral, Kuala Lumpur, telah sempurna pra-perasmiannya oleh Y.B Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II pada hari ini, 13 September 2012.

Secara rasminya akan disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan pada 22 September 2012, hari Sabtu, pukul 9.00 pagi.

Pusat ini adalah sebuah kemudahan untuk masyarakat setempat khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Di mana pelbagai agensi dan kemudahan dalam satu bangunan ditempatkan untuk keselesaan rakyat.

Orang ramai yang berhasrat mengunjungi pusat ini wajar menggunakan penggangkutan Transit Aliran Ringan atau Light Rail Transit (LRT).

Kita juga mengharapkan supaya pihak LRT dapat membaiki eskalator yang rosak serta menyediaan kemudahan asas kepada pelanggan seperti tandas dan surau seperti mana tidak terdapatnya kemudahan tersebut di stesen Sentul.
Jangan lupa tuan/puan yang tinggal berdekatan dijemput hadir.











No comments:

Post a Comment